Thursday, July 23, 2009

Orang kata aku lahir dari perut mak..


(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak Click Me!
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak Click Me!
Click Me!Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak Click Me!
Click Me!Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak Click Me!
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! " Click Me!
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak Click Me!
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Click Me!Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....
mak Click Me!
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Click Me!Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Click Me!
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Click Me!
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Click Me!Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Click Me!
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Click Me!Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Click Me!

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


PAPA! BACAKAN KUAT-KUAT YE

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati

hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang

akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.

Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.

Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap

terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak

dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku

baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.

Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,

memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah

Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.

"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa?

bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke

lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah

permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana

tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit

berkaca, lalu dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh

ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa

bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia

menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu,

dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,

Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya

tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan

bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil

tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah

bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap

makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya.

Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.

Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi

suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu

seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran

mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila

pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri

sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena

terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus

pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat

hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya

dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu

nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina

sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak

sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan

tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat

isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital,

Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan

diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan

cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi

katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.

Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak

dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan

harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.

Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara

isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan

kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka

matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.

Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.

Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk

selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima

kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata

Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini,

walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang

diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang

lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata

yang tumpah.


moral of the story leh d pk kan bersama k..

d copy dr email....

Tuesday, July 21, 2009

KENAPE TITLE TEFIKIR KENAPE...

Assalamualaikum wrh wbt...
selawat keatas junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W

Alhamdulillah, segala pujian bagi Nya dengan kita masih lagi mampu bernafas dan menikamati segala rahmatNya secara percuma pada hari ini... Bayangkan sekiranya hanya satu nikmat percuma seperti ini ditarik kembali oleh yang maha esa, mampukah kita membayarnya untuk sekelumit kehidupan yg sementara ini, atau mungkin ada juga yang lebih rela mati daripada membayarnya, namun terfikir pula, sudah cukupkah amalan diri untuk menuntut tempat di Syurga idaman sekalian makhluk di SANA??persoalan yang membuat kan diri tertanya kenapa diri ini masih dlm kegelapan sedangkan diri ini menyedari keaadaan itu.... Dan masih lg terfikir kenapa.......lalu tercetusla blog terfikir kenape...
sekian....